Oct 28, 2011

9/10 Rezeki Daripada Perniagaan

Kita biasa mendengar hadis 9/10 rezeki daripada perniagaan. Itu menunjukkan betapa besarnya pendapatan yang kita peroleh jika dibandingkan dengan pekerjaan yang kita buat selainnya. Tetapi, lumrah mengatakan bahawa untuk mendapatkan sesuatu yang besar memerlukan usaha yang besar juga.

Secara teori perniagaan itu amatlah mudah tetapi untuk mengaplikasikannya tidak seperti apa yang kita jangka melalui teori. Melihat tokoh-tokoh yang telah berjaya dalam perniagaan mereka semuanya telah melalui liku-liku yang sukar sebelum berada pada tahap sekarang ini. Yang penting ialah semangat dalam diri dan tidak mudah berputus asa untuk mencapai tahap yang diingini.

Mungkin ada orang berkata, “Ala, buat apa aku nak susah-susah berniaga. Kerja kan senang. Cukup hujung bulan je gaji masuk.” Adakah ini pernyataan yang betul? Tentulah tidak. Kita tidak akan maju sampai bila-bila sekiranya berfikiran begini. Tambahan pula pada zaman yang serba canggih dan laju ini akan membuatkan kita jauh ketinggalan jika tidak membuat ‘sesuatu’ untuk diri, keluarga dan masyarakat.

Jadi, marilah kita fikir-fikirkan apa yang perlu dilakukan untuk menjamin kehidupan kita pada masa akan datang. Tidak ada masalah jika seseorang itu mahu bekerja tetapi lebih elok jika dia juga melakukan perniagaan secara sambilan atau kecil-kecilan untuk menambah pendapatan bagi menampung perbelanjaan harian dan membuat simpanan di samping membantu orang lain.